Saturday, November 24, 2012

AD + IZ



Sinopsis

Kita dirancangkan untuk bertemu.....

Kita ditakdirkan untuk berjumpa....

Namun adakah kita bersatu...buat selamanya?

Adriana Mayesa, seorang pekerja butik pakaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyara keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.

Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuatkan Adriana terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidupnya.

Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai seorang ‘isteri’ kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang dengan kehadirannya.

Di saat Adriana mula selesa dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakn dan langsung tidak diketahuinya muncul...lantas meragut kebahagiaannya.

Aku sanggup mempertaruhkan segala milikku untuk cintamu....


Karya; Eury Athena

Harga Asal; RM21.00
Harga CZ; RM17.00

RAHSIA HATIKU






Code: NS 020
Status: AVAILABLE
Karya: Maria Alina

Sinopsis:

Aku takut untuk berhadapan dengan impian dan janji-janji itu. Mampukah aku merealisasikannya sedangkan aku dalam persimpangan? Antara keinginanhati untuk menyatukan kembali sebuah keluarga yang kecundang dan menyahut panggilan cinta yang terbina sejak dari dulu lagi.

Alif Iskandar...kau hadir ketika aku mengharungi kepahitan dan dugaan yang maha besar. Nenek yang terlalu ingin kudampingi menilaiku setaraf dengan sampah terbuang. Dapatkah aku memaut sekeping hatinya yang keras bersalut kebencian itu?

Badrul...aku menyukai dirimu. Dambaan cintaku terhadapmu bagai bintang-bintang berkerlipan di dada langit. Namun, Siti Sarah lebih berhak ke atas dirimu. Aku terpinggir lagi..

Kamil...kau menagih kasih ketika aku masih bergelar isteri. Namun, aku tahu batas-batasku sepanjang memegang status itu. Wajarkah aku menerimamu dalam keadaan hati dan jiwaku masih dimiliki insan bergelar suami walaupun dia meninggalkanku?

Mampukah Iman Najwa mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Antara kasih sayang,cinta dan persahabatan; anatara ego,cemburu dan dendam; juga anatara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan...merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya.

Harga Asal: RM19.90
Harga CZ: RM15.00

Wednesday, November 21, 2012

ADA CINTA DI HATI



Code: NS 024

Status: AVAILABLE

Sinopsis

Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasanga kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada berbeza, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lanataran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yangs ering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.
Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di amat orang tapi derita di hatinya.

Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan reda? Ya...selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.

Dia sering diterjah...dengan pepatah “air dicincang takkan putus.” Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?

Karya:Emma Maizura

Harga Asal: RM19.90
Harga CZ:RM15.00


CINTA KEPALA BATU



CODE: NS 027

STATUS: AVAILABLE

Karya: Ayu Emelda

Sinopsis

Pertemuan Syaira dan Adam bermula salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekatadan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya.. cukupla bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari dari ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dlandai badai dan gelora.

Akhirnya dia pasrah pada setiap kehilangan..
dan ketentuan..

Harga Asal: RM19.90
Harga CZ: RM15.00


ANDAI SEMALAM KU MILIKI


Code: NS 030

Status: AVAILABLE

Karya: Norhayati Berahim

SINOPSIS:

Memang dia pernah berjanji. Bahkan di sudut hati dia merasakan janji itu tidak akan dimungkiri. Kasih seorang Zafri terhadap Wardah yang dicintai, sentiasa abadi. Walau jauh beribu batu, namun sekali dia jatuh cinta. Cinta itu tetapb bersemadi.

Tapi Zainab, wanita itu satu ketika dahulunya cukup dibenci, perlu dibantu atas dasar simpati. Perlukah diberitahu pada Wardah yang menanti?? Arggh...dia benar-benar tidak sampai hati. Di sana menunggu dan di sini menanti, jawapannya yang tidak pasti.

Apa daya dia, dia seorang lelaki yang penuh rasa simpati. Lantas janji yang dibuat dikhianati. Andai semalam boleh dimiliki....seorang lelaki yang bernama Zafri itu pasti tidak akan melukai hati seorang kekasih yang dikasihi. Namun dia tidak berputus asa menanti. Satu masa dan satu ketika Wardah kembali...

Harga Asal: RM21.50
Harga CZ: RM17.50


Monday, November 19, 2012

CONTENGAN JALANAN








CODE: NS 004
STATUS: AVAILABLE
KARYA: HLOVATE
SINOPSIS

Dua contengan dalam satu coretan..
Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan...

I- Fend..

Namanya Affendy , 'Fend' , jika dipendekkan untuk panggilan . Umur baru hampir msk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yg dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik ! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama , itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemudgn Amalia. Sepotong ayat drpd gadis itumembuatkan erti hidup yg difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah2 sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalananya dari Kuala Lumpur ke kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari 'Affendy'.

Contengan perjalanan Fend yg mahu mencari erti , mencari 'Affendy'.


II-K2

Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K2 untuk teman2. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drumer Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya 1: seni. Perkara lain blh ditolak tepi. Hidup itu mudah tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dgn perubahan Fend yg seolah-olah tersampuk badi pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian .Kembaranya ke negara jiran yg membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza. 

Kembara seorangK2 untuk melihat dunia dari sudut berbeza..

Harga Asal: RM21.00
Harga CZ: RM17.00

VERSUS



CODE: NS 003
STATUS: AVAILABLE
KARYA: HLOVATE
SINOPSIS
I
“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”“Huh?”“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.You what?”"No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni."Enough of your tricks, AO.”“Minn, I’m dead serious.”Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II
“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”“Back. Off.”Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”Hujan masih belum berhenti.
.
Lihatlah bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus berubah 180 darjah. Bacalah jikalau anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!
.
Harga Asal: RM19.00
Harga CZ: RM15.00