Sunday, December 09, 2012

TAWARAN ISTIMEWA UTK SEMUA.....

Mulai 24 December 2012 sehingga 16 January 2013>>>

Bg pembelian 5 buah novel & ke atas anda akan menikmati kos pos secara percuma di samping diskaun yg diberi...

Bg pembelian 6 bungkus barangan dr pad herba Avail sama ada pantyliner/day use/night use/pakej campur 6 bungkus anda bakal menikmati kos pos secara percuma...

*Pos bg setiap brg hanya akan dijalankan pd hari Khamis & Jumaat shja... Order blh di buat bermula dr hari Sabtu-Selasa... Bg order pd hari Rabu, Khamis & Jumaat ianya akan di pos pd minggu seterusnya... Pembayaran mesti dibuat dlm tempoh 3 hari dari tarikh sy memberi respond order...


Jangan lepaskan peluang utk nikmati tawaran hebat dari sy... Selamat berbelanja.... Terima kasih... :)


#utk sebarang pertanyaan atau order anda blh hubungi sy di 013-4478964 atau layari 
https://www.facebook.com/CactusZaqura?ref=hl

Wednesday, December 05, 2012

SEGALANYA UNTUKMU



STATUS: AVAILABLE

CODE: NS 023

KARYA: ALEYA ANEESA

SINOPSIS

Jangankan di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. 
Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tudak memerlukan wanita bergelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung pada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji Allah jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada egi yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik
memukau mata, tapi sekali terhempas tak munkin akan dapat
bercantum kembali?

Harga Asal: RM19.90
Harga CZ :RM15.00

HATI BILA CINTA




STATUS: AVAILABLE

CODE: NS O32

Karya: Lynn Allyna

Sinopsis

Dua-dua tak sebulu. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Tetapi, dalam benci ada cinta. Mulut kata benci, hati kata cinta.

DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar menjadi rindu dan sayang.

Bagi Fenn, cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

“ Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Harga Asal: RM20.00
Harga CZ:RM16.00

KUALA LUMPUR DI MANA SUAMIKU?



STATUS: AVAILABLE

CODE: NS 029

KARYA:  SRI DIAH

SINOPSIS

Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Pernah di tanya pada diri, harga sebuah kasih sayang sebuah kesetiaan. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril. Lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.

Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa kasih pada lelaki yang bukan suami. Menderhakah dia, jika dalam kesepian menyambut salam Baha, yang baik dan penyayang. Dia sebenarnya penasaran; antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah.

Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya, sampai bila segalanya akan ada penyudah...

Harga Asal: RM19.90

Harga CZ: RM15.00