Monday, November 19, 2012

CONTENGAN JALANAN








CODE: NS 004
STATUS: AVAILABLE
KARYA: HLOVATE
SINOPSIS

Dua contengan dalam satu coretan..
Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan...

I- Fend..

Namanya Affendy , 'Fend' , jika dipendekkan untuk panggilan . Umur baru hampir msk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yg dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik ! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama , itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemudgn Amalia. Sepotong ayat drpd gadis itumembuatkan erti hidup yg difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah2 sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalananya dari Kuala Lumpur ke kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari 'Affendy'.

Contengan perjalanan Fend yg mahu mencari erti , mencari 'Affendy'.


II-K2

Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K2 untuk teman2. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drumer Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya 1: seni. Perkara lain blh ditolak tepi. Hidup itu mudah tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dgn perubahan Fend yg seolah-olah tersampuk badi pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian .Kembaranya ke negara jiran yg membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza. 

Kembara seorangK2 untuk melihat dunia dari sudut berbeza..

Harga Asal: RM21.00
Harga CZ: RM17.00

VERSUS



CODE: NS 003
STATUS: AVAILABLE
KARYA: HLOVATE
SINOPSIS
I
“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”“Huh?”“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.You what?”"No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni."Enough of your tricks, AO.”“Minn, I’m dead serious.”Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II
“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”“Back. Off.”Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”Hujan masih belum berhenti.
.
Lihatlah bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus berubah 180 darjah. Bacalah jikalau anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!
.
Harga Asal: RM19.00
Harga CZ: RM15.00




SAYA RINDU AWAK


Code: NS 009
STATUS: AVAILABLE
kArYa: Kay Erin

SINOPSIS:

Adibah Anis Sofea, orangnya memang cantik, sopan dan manja. Sayangnya dia tidak tahu apa-apa. Serbuk kunyit  dan serbuk kari pun dia tidak dapat bezakan apatah lagi kalau mahu suruh dia memasak. Tetapi yang kurang itulah telah membuka pintu hati Syed Khairil Imran. Yang tidak tahu apa-apa itulah yang membuatkan Syed Khairil Imran rindu sekali.

"Abang rindukan Dib."
"Yek?"
"Serius, rindu gila."

Bukan setakat sekali dua Syed Khairil Imran memberi pembayang, tetapi si Adibah Anis Sofea tak mahu faham-faham. Sudahnya masing-masing menanggung seksa. Masing-masing menanggung rasa.

Namun yang manis-manis itu tak selamanya manis. Adibah Anis Sofea bukan mudah untuk dilepaskan untuk orang sembarangan. Hajah Mona selaku nenek, hanya mahukan Adibah bersama Zackwan, cucu sulung Hajah Mona yang berkelulusan luar negara.

"Nenek nak kita nikah bulan depan."
"No way!"
"Yes, weh. Abang serius ni. Bukan main-main. Jadi nak tak nak, boleh tak boleh, Dib kena balik buat serang balas. Kalau tidak, Dib jawab sendiri dengan Khairil."
"Khairil tahu tentang benda ni?"
"Ya, Khairil pun tahu tentang benda ni."
"Habis apa kita nak buat?"

Zackwan uga tidak mahu dijodohkan dengan Adibah ketika hatinya masih ada Syazira. Namun siapa yang berani membantah keputusan Hajah Mona? Apakah yang manis-manis itu akan menjadi sejarah buat insan yang baru mengenali erti rindu itu? Akurkah Adibah dengan arahan Hajah Mona dan melupakan seluruh rasa cintanya buat Khairil? Saya Rindu Awak, akan menjawab semua persoalan.

Harga Asal: RM18.00
Harga CZ: RM14.00

Sunday, November 18, 2012

TIADA YANG KEDUA


Code: NS 018
STATUS: AVAILABLE


Sinopsis

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membnkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduaga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa!

Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran.

Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Karya;Sania Yasmin
Harga Asal: RM18.00
Harga CZ: RM14.00

CINTA KEPALA BATU

Code: NS 027
Karya: Ayu Emelda
Status: AVAILABLE


Sinopsis

Pertemuan Syaira dan Adam bermula salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekatadan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya.. cukupla bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari dari ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dlandai badai dan gelora.
Akhirnya dia pasrah pada setiap kehilangan..
dan ketentuan...

Harga Asal: RM19.90
Harga CZ: RM15.00

Friday, November 16, 2012

TUNAS


CODE: NS 001
STATUS: AVAILABLE
KARYA: HLOVATE

SINOPSIS
“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.“Tulip ada?”

“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”

A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”

“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya. Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
.
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.

Harga Asal:RM21.00
Harga CZ:RM17.00

Tuesday, November 13, 2012

Warna Hati




Sinopsis:


Suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis dari ingatannya. Betahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.


Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindirantentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.


Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tpi, rupa-rupanyya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.


Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung steelah ikatannya dengan Jefri terlerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...


Karya;Meen Zulaikha


Harga Asal;RM19.90Harga Jual; RM15.00(x termasuk harga pos)