Wednesday, December 05, 2012

HATI BILA CINTA




STATUS: AVAILABLE

CODE: NS O32

Karya: Lynn Allyna

Sinopsis

Dua-dua tak sebulu. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Tetapi, dalam benci ada cinta. Mulut kata benci, hati kata cinta.

DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar menjadi rindu dan sayang.

Bagi Fenn, cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

“ Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Harga Asal: RM20.00
Harga CZ:RM16.00

KUALA LUMPUR DI MANA SUAMIKU?



STATUS: AVAILABLE

CODE: NS 029

KARYA:  SRI DIAH

SINOPSIS

Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Pernah di tanya pada diri, harga sebuah kasih sayang sebuah kesetiaan. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril. Lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.

Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa kasih pada lelaki yang bukan suami. Menderhakah dia, jika dalam kesepian menyambut salam Baha, yang baik dan penyayang. Dia sebenarnya penasaran; antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah.

Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya, sampai bila segalanya akan ada penyudah...

Harga Asal: RM19.90

Harga CZ: RM15.00

Saturday, November 24, 2012

AD + IZ



Sinopsis

Kita dirancangkan untuk bertemu.....

Kita ditakdirkan untuk berjumpa....

Namun adakah kita bersatu...buat selamanya?

Adriana Mayesa, seorang pekerja butik pakaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyara keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.

Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuatkan Adriana terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidupnya.

Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai seorang ‘isteri’ kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang dengan kehadirannya.

Di saat Adriana mula selesa dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakn dan langsung tidak diketahuinya muncul...lantas meragut kebahagiaannya.

Aku sanggup mempertaruhkan segala milikku untuk cintamu....


Karya; Eury Athena

Harga Asal; RM21.00
Harga CZ; RM17.00

RAHSIA HATIKU






Code: NS 020
Status: AVAILABLE
Karya: Maria Alina

Sinopsis:

Aku takut untuk berhadapan dengan impian dan janji-janji itu. Mampukah aku merealisasikannya sedangkan aku dalam persimpangan? Antara keinginanhati untuk menyatukan kembali sebuah keluarga yang kecundang dan menyahut panggilan cinta yang terbina sejak dari dulu lagi.

Alif Iskandar...kau hadir ketika aku mengharungi kepahitan dan dugaan yang maha besar. Nenek yang terlalu ingin kudampingi menilaiku setaraf dengan sampah terbuang. Dapatkah aku memaut sekeping hatinya yang keras bersalut kebencian itu?

Badrul...aku menyukai dirimu. Dambaan cintaku terhadapmu bagai bintang-bintang berkerlipan di dada langit. Namun, Siti Sarah lebih berhak ke atas dirimu. Aku terpinggir lagi..

Kamil...kau menagih kasih ketika aku masih bergelar isteri. Namun, aku tahu batas-batasku sepanjang memegang status itu. Wajarkah aku menerimamu dalam keadaan hati dan jiwaku masih dimiliki insan bergelar suami walaupun dia meninggalkanku?

Mampukah Iman Najwa mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Antara kasih sayang,cinta dan persahabatan; anatara ego,cemburu dan dendam; juga anatara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan...merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya.

Harga Asal: RM19.90
Harga CZ: RM15.00

Wednesday, November 21, 2012

ADA CINTA DI HATI



Code: NS 024

Status: AVAILABLE

Sinopsis

Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasanga kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada berbeza, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lanataran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yangs ering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.
Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di amat orang tapi derita di hatinya.

Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan reda? Ya...selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.

Dia sering diterjah...dengan pepatah “air dicincang takkan putus.” Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?

Karya:Emma Maizura

Harga Asal: RM19.90
Harga CZ:RM15.00


CINTA KEPALA BATU



CODE: NS 027

STATUS: AVAILABLE

Karya: Ayu Emelda

Sinopsis

Pertemuan Syaira dan Adam bermula salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekatadan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya.. cukupla bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari dari ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dlandai badai dan gelora.

Akhirnya dia pasrah pada setiap kehilangan..
dan ketentuan..

Harga Asal: RM19.90
Harga CZ: RM15.00


ANDAI SEMALAM KU MILIKI


Code: NS 030

Status: AVAILABLE

Karya: Norhayati Berahim

SINOPSIS:

Memang dia pernah berjanji. Bahkan di sudut hati dia merasakan janji itu tidak akan dimungkiri. Kasih seorang Zafri terhadap Wardah yang dicintai, sentiasa abadi. Walau jauh beribu batu, namun sekali dia jatuh cinta. Cinta itu tetapb bersemadi.

Tapi Zainab, wanita itu satu ketika dahulunya cukup dibenci, perlu dibantu atas dasar simpati. Perlukah diberitahu pada Wardah yang menanti?? Arggh...dia benar-benar tidak sampai hati. Di sana menunggu dan di sini menanti, jawapannya yang tidak pasti.

Apa daya dia, dia seorang lelaki yang penuh rasa simpati. Lantas janji yang dibuat dikhianati. Andai semalam boleh dimiliki....seorang lelaki yang bernama Zafri itu pasti tidak akan melukai hati seorang kekasih yang dikasihi. Namun dia tidak berputus asa menanti. Satu masa dan satu ketika Wardah kembali...

Harga Asal: RM21.50
Harga CZ: RM17.50